
​Maritime Archaeology In Borneo​



Latar Belakang
​Tanjung Simpang Mengayau Wreck

Kajian ini menjadi titik-tolak kepada penelitian ilmiah menurut piawaian bidang arkeologi. Hasil yang diperoleh amat penting dalam usaha memperlengkapkan fakta sejarah perdagangan awal dan hubungan luar negara. Malah, hasil penyelidikan ini juga akan menjadi kunci utama kepada penyelidikan zaman proto sejarah dan Pertengahan di Sabah yang selama ini terpinggir kerana fakta sejarahnya pada zaman ini amat kurang. Sambungan...
Skulls Wreck​

Kajian ini merupakan survei bagi menilai kondisi tapak kapal karam baharu yang dinamakan sebagai Skulls Wreck yang dilaksanakan dari 15 hingga 20 Jun 2004. Projek ini merupakan penyelidikan arkeologi maritim yang menggunakan sepenuhnya kepakaran rakyat Malaysia. Sambungan...
Setelah hampir tiga dekad perkembangan arkeologi maritim Malaysia, banyak tapak baharu ditemui dan kajian telah dilakukan sama ada dari perspektif ilmiah mahupun salvaj komersil. Penemuan tapak Tanjung Simpang Mengayau Wreck di perairan Kudat, Sabah pada tahun 2003 diikuti dengan penemuan tapak Tiga Papan Wreck, Skulls Wreck, Canon Wreck, Coral Wreck dan Kalampunian Wreck telah mencetuskan satu era baharu dalam perkembangan tersebut. Bermula dari projek salvaj komersil hingga beberapa siri kajian ilmiah antara tahun 2003 hingga 2007, data arkeologi maritim baharu dan interpretasi terkini diperoleh. Interpretasi awal ke atas data-data tersebut membuktikan bahawa perairan Tanjung Simpang Mengayau sejak seribu tahun lalu merupakan laluan dan gerbang maritim terpenting bagi kapal-kapal dagang China untuk masuk ke Kepulauan Borneo dan Nusantara.

Namun, usaha mengumpulkan data-data tersebut bukanlah perkara yang mudah. Pelbagai halangan yang menjadi cabaran kepada setiap kajian yang dilakukan terpaksa dihadapi. Sifat semula jadi samudera, cuaca, kewangan, logistik dan kepakaran merupakan halangan utama. Namun, halangan sedemikian berjaya ditangani hasil semangat setiakawan dan kerjasama antara agensi-agensi persekutuan dan negeri yang terlibat khusunya Jabatan Muzium Sabah (JMS), Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dalam laman web ini, kami akan fokus kepada dua tapak yang utama sahaja, iaitu Tanjung Simpang Mengayau Wreck dan juga Skulls Wreck.